Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Cara disiplin anak

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal. Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya.

Tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:

1. Elakkan perkataan 'Jangan"

Jeritan 'Jangan' cukup sinonim untuk semua ibu bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata 'Jangan'. Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, "Abaaanngg, jangan pukul adik!".

Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, "Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena 'happy-happy'. Sekarang abang peluk adik pulak". Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?

Bukankah ibu bapa itu adalah guru dan 'role model' pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

2. Elakkan pukul anak

Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.

3. Puji anak depan orang lain

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

4. Pelajari ilmu 'child development' dan 'parenting'

Bukan semua yang ibu bapa kita ajar betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas 'parenting' jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

5. Gunakan 'Reward System'

Ini bukan rasuah. Bila anak 'behave' dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, "Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru". Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, "Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas mama bukak cerita kartun, Channel 611".

6. Guna kaedah 'Distraction' untuk alihkan tumpuan anak

Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

7. Ajarkan kaedah 'Logical Consequences'

Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, "Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok." Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

8. Guna teknik 'Positive Discipline'

Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, "Jangan buat macam ni, salah" Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, "Tengok papa buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haa...kan senang, tak tumpah pun". Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai.Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.

Kesimpulan

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh di ikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman.

Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.




credit : siraplimau.com








Monday, September 22, 2014

#"Anakmu Mengenalkan Siapa Dirimu...!!#


1. Jika anakmu BERBOHONG, itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT

2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI, itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3. Jika anakmu KURANG BERBICARA, itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4. Jika anakmu MENCURI, itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI

5. Jika anakmu PENGECUT, itu karena engkau selalu MEMBELANYA

6. Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN, itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA

7. Jika anakmu MARAH, itu karena engkau KURANG MEMUJINYA

8. Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA

9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN, itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA

10. Jika anakmu LEMAH, itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA

11. Jika anakmu CEMBURU, itu karena engkau MENELANTARKANNYA

12. Jika anakmu MENGGANGGUMU, itu karena engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA

13. Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU, itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya

14. Jika anakmu TERTUTUP, itu karena engkau TERLALU SIBUK

Thursday, April 3, 2014

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur





Source : Google

Comelnye baby nih...geram!!!


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa.

  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur.
  • Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan.
  • Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyangkan kakinya.
  • Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  • Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  • Kejutkannya sambil memujinya. Contoh: Bangun sayang, anak Umi yang baik, anak Umi yang soleh, anak Umi yang rajin.
  • Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  • InsyaAllah, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.


Friday, December 27, 2013

Hasil dari tips!!

hahahaaa...tajuk xngalah..ok....kite kan da try tips aritu....wah, berhasil jugak....da 3 hari dia xmain phone...yes!!!menjadi tp kena main dengan dia...papa dia pun xkuar2 kan phone...bagus!!!good job pa...n nasib papa dia jugak rajin layan anak bujang dia tuh.....

tapi aqeef teringat jugak phone masa mlm hari kedua....time tu nak tido...dia mintak ngn papa dia...papa dia ckp bateri abis....nasib aqeef xnangis nak phone jugak...so, papa dia tepuk2 da tertido....hari ketiga (semlm) langsung xingt phone...bagus....wat masa terdekat ni nak bg dia lupa kejap pasal phone....nanti2 da biasa baru leh kitorg kuarkan phone depan dia...harap2 misi berjaya....insha Allah

Monday, December 23, 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist


memandangkan aqeef pun mmg addicted to phone (nasib tab dah lama pecah).....so, kite nk apply tips ni supaya dia kurang addicted to phone....tp nasib kite sedar awal sket dr sebelum tau tips nih...macam mane kite kurangkan?...tu yg kite belikan mainan tuk dia tuh.....sampai da penuh bilik aqeef dgn mainan dia.....xpe momma sanggup aqeef!!.so, sekarang mmg dia da kurang leka ngn phone....tggl papa dia jer kena mainkan peranan..kalo kite ngn aqeef, kite mmg kite xtgk phone....main ngn aqeef jer....kite lg sanggup dia leka tgk tv dr phone..papa dia la...nak suh anak bujang dia diam (maklumlah anak bujang sekarang ni makin lasak)....dia bg jer phone terus budak tu duk diam...so, time papa dia la dia mintak phone....menangis bagai....dengan kite jgn harap la dapat....sekarang ni kite da bgtau hubby...jgn kuarkan phone bile depan aqeef....kalo nak jawab call pun or sms biar tempat lain..jgn depan dia....kite boleh buat...harap2 papa dia pun boleh buat....inshaAllah

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

sekarang ni kite da belikan macam2 mainan tuk aqeef...dah berjaya la jugak!!!tapi yg penatnyer kena main sama2 ngn dia.....xpe demi aqeef momma buat jer....angkut skali sarah aleesya main...huhuuuu


2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.


alhamdulillah, aqeef da kurang da tgk phone.....n dia punya development sebenarnya memberangsangkan....ABC da tau...kaler n nombor pun da tau....tinggal nak membaca jer....start thn depan nak ajar dia membaca...to yang slow2 kurangkan gadget tuk dia tu..inshaAllah berhasil la.....hope 4 tahun dia da boleh baca....


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.


part yang ni...hmm....rasanya aqeef mmg ikut turutan yang betul...cuma dia lewat berjalan....tapi tumbuh gigi cepat....hehehee....



4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

part ni...nasib kite xbelikan mainan cam otomen, heroes tu sume....sbb momma dia xsuka...hehehee...aci tak?...aqeef sgt obses dgn kereta n moto.....byk sgt dah......toys lain yg dia ader : bycle, lorry *(sbb momma dia perasan anak bujang dia ni suka transportation)*, blocks, bowling, basketball n net, racket badminton, tents, bola sepak....hhaaaa...perasan tak.....sume toys dia tu kena main sama...huhuhuuu....
sebenarnye pun nasib momma dia xmampu nak beli ipad, phone pun pakai yg murah jer...tu pun dapat ehsan hubby bg yg dia punyer.....barulah dpt yg touch screen...nak install banyak2 application xboleh, memory not support...nak install camera 360 pun xdapat....hahaha....ade baik jugak tuh....:) nasib momma dia kedekut!!hahahaa.....



5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


part yang ini......kite mmg ajar aqeef camtu.....mmg dia kenal huruf, kaler n nombor, binatang , benda sume dalam english...hehehee...sbb ape tau....yg melayu punye dia akan auto tau....sbb kite n famili ckp melayu so auto dia akan tau sendiri.....skrg kalo sebut , contoh.....one satu, cat kucing....four empat.....so, xyah ajar yg BM punyer.....just ade gak certain2 yang cm tiger, elephant, swan, trishaw kaler sume xtranslate kan....dia tau green, blue, white....in BM xtau...jgn tanye dia....bior ler...ehhehee.
cuma dia ni malu sket bile ngn strangers.....takut pulak kite bile da g sekolah nanti cikgu tanye dia tau tp sbb malu xdapat jawab...camno tu....nanti cam kite dulu time tadika....cikgu tanye masa ujian.....huruf n nombor...kite gi nyorok bawah meja sbb malu...mak kite yg duk luar kelas geram jer dia nengok kite....sbbkan malu tu kite dapat nombor 2...tu yg mak geram tuh.....sangkut kat ujian oral.....penulisan ok.....so momma dia ni tak mo lah aqeef camtu.....tu yg plan next year nak gi masukkan aqeef playgroup...tgh survey2 nih....almaklumlah anak org lain kan anta nursery....anak momma nenek dia jaga..berdua je ngn adik dia kat umah tuh....



6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

ni lah yg kite takutkan....tp ader pro jugak takut strangers ni...aqeef kalo g mane2 dia mmg akan dekat jer ngn kite...xmo dia jauh2....dia kalo terlepa sket je cepat2 pusing belakang tgk momma n papa dia ader tak?....nenek dia pun kate camtu....dia xberani kuar umah kalo nenek or atuk dia xduk kat beranda....dia dok jer dalam umah...tp melasak kemain lagi....ader je keje dia..memanjat sana sini, conteng dinding...huhuuhuhuu....smpikan nenek dia sorok kaler n pencil...so, kat umah kite je ader kaler n pencil nk suh aqeef menulis...:)


7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

sekarang ni momma dia cuba praktikkan yang ini...almaklumlah momma dia ni garang cam rimau....so, da cuba senyum dulu bile aqeef conteng dinding, gurau kasar ngn adik dia, main bedak satu rumah, pakai kasut dalam rumah, buat sepah......senyum jer dulu pastu pegang dia n bgtau xboleh buat macam tu.....tp berhasil uu...dia tau benda tu salah...tp lepas dia buat then dia kate "xboleh main bedak kan maa...nanti licin aqeef jatuh".....hhahahaaa...camne tu....kite pun da tergelak...pastu biarkan jebah2 tu n tunggu je papa dia yang kemaskan...hehhee.... 


8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

ermm yang ini, rasanya aqeef mmg rapat ngn famili members.....almaklumlah budak duk rumah kan?...tu yg dia takut ngn orang luar.....


9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

sume mmg layan main ngn aqeef...smpikan before alang dia belikan raket badminton....dia yang ajar atuk dia amik penapis n pukul shuttle badminton.....kreatif anak mak!!!....alhamdulillah, nasib famili members layankan dia....tp satu jer la, dah main xreti berhenti......org stop dia duk suruh main lagi...smpi menangis2...xreti penat aank bujang sorg nih!!!


10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

okay, layan aqeef bercakap mmg penat....xcaya cubalah bercakap ngn dia.....asik bercakap n kalo ko xlayan dia abeslah..smpikan dia suh org lain senyap n fokus ke dia.....aritu kite bercakap ngn papa dia...dia pusingkan muka kite n pandang dia...oh la aqeef.....smpi gitu skali....mmg lucu....tp alhamdulillah, aqeef xpelat n kite mmg paham ape dia cakap....n jgn ko janji ngn dia.....dia ingt ok....n akan tuntut janji tuh...n dia ingt jalan yg kite penah pergi.....or ape2.....contohnyer 'pa..pa situ kan car momma benti...pom pom.....pastu kite pegi repair'....haa kau...keta kite rosak aritu pun dia ingt.....aritu 'contact point' terbakar.....keta mati2 tgh jalan....kuat ingatan aqeef....baru 3thn 4 bulan...alhamdulillah.....tu sbb xberani janji.....aritu terjanji ngn dia nak gi giant naik moto yg bayar rm5 bape minit tu.....esok tu xpergi asik la tanye bile nk g giant....haish!!

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.




kite xkan bagi phone adik dia, sarah aleesya phone or tablet....da siap pesan awal2 ngn papa dia...xmo nanti susah cam abg dia kang....nononoo....




kite main ni jer lah ye aqeef.....sayang aqeef!!part yang macam ni momma xkedekut...mintak je la ape yg awak nak...:)

Wednesday, November 13, 2013

Anak-anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Tuesday, April 23, 2013

Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.


Wednesday, October 3, 2012

tips jaga gigi anak kecik...


artikel yg menarik tuk dikongsi....

Bersihkan mulut selepas menyusu
Oleh Siti Zarinah Sahib
       
ELAK...usah biarkan anak tidur dengan botol susu di mulut kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakan gigi.  
GIGI SIHAT...gigi kanak-kanak yang sihat tersusun cantik tanpa masalah karies gigi. ARYANA baru berusia tiga tahun, tetapi hampir keseluruhan gigi hadapannya sudah rosak dan berwarna hitam. Kadangkala apabila makan makanan manis, dia mengadu sakit gigi namun tiada apa yang boleh dilakukan doktor selain meminta Aryana mengurangkan makanan manis dan menunggu sehingga gigi kekalnya tumbuh apabila dia berusia lima tahun.

Masalah dilalui Aryana mungkin dilalui ramai kanak-kanak lain. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan.


Menurut Pakar Perunding dan Pensyarah Kanan Pergigian Pediatrik, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alida Mahyuddin, kerosakan gigi susu sering berlaku pada awal usia kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan mereka.

Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal.

Menurut Dr Alida, gigi susu ialah gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia enam bulan ke atas dan akan diganti dengan gigi kekal bermula pada umur kanak-kanak lima hingga enam tahun.

Menjelang umur kanak-kanak tiga tahun, gigi susu akan lengkap tumbuh sepenuhnya, sebanyak 20 batang.

Bagi gigi kekal pula, menjelang umur kanak-kanak 13 tahun, jumlah gigi kekal adalah sebanyak 28 batang. Gigi geraham bongsu hanya akan tumbuh untuk sesetengah orang selepas umur 18 tahun.


Gigi susu mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya membolehkan kanak-kanak mengunyah dengan baik (bagi memastikan kanak-kanak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran), terbabit dalam perkembangan pertuturan dan membantu gigi kekal tumbuh dengan lebih teratur.

Gigi yang sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan daripada segi mental, fizikal dan sos*al.


Justeru, sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mendapat penjagaan gigi sepenuhnya bermula ketika lahir iaitu sebelum gigi tumbuh.

"Setiap kali selepas bayi menyusu, bersihkan dalam mulut bayi menggunakan sapu tangan atau kain bersih yang lembap. Apabila gigi mulai tumbuh, gunakan berus gigi lembut khas untuk bayi," katanya.


Menurut Dr Alida, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kaedah memberus gigi yang betul sejak mereka tumbuh gigi yang pertama bagi membiasakan mereka dengan berus gigi.

Ketika mula tumbuh gigi sehingga umur lima tahun, ibu bapa perlu memberus gigi kanak-kanak. Selepas umur ini, kanak-kanak boleh cuba untuk melakukannya sendiri, tetapi hendaklah sentiasa dipantau ibu bapa supaya terjamin kebersihannya.




"Ketika kanak-kanak masih bayi sehingga umurnya dua tahun, lebih mudah jika ibu bapa meriba anak-anak mereka dan gigi diberus dari arah belakang.

"Dengan ini, kepala anak-anak mereka dapat diampu atau disokong pada dada ibu bapa ketika gigi diberus. Lebih mudah sekiranya dibuat mengadap cermin.

"Untuk kanak-kanak prasekolah, tidak disyorkan teknik memberus gigi yang tertentu kerana tahap kemahiran motor halus mereka adalah rendah.

"Memadai dengan memastikan semua gigi diberus dengan baik," katanya yang menasihati ibu bapa supaya memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan kanak-kanak mengawal berus gigi.


Menurutnya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan kerosakan gigi. Secara amnya, gigi rosak, berlubang dan berkaries disebabkan bakteria tertentu di dalam mulut yang berupaya menghasilkan asid daripada gula dan karbohidrat yang dimakan. 

Asid ini akan melarutkan lapisan luar gigi. Selepas jangka masa tertentu dan proses perlarutan ini berlaku berulang kali, kaviti, lubang, dan karies pada gigi akan terbentuk.



"Karies gigi adalah adalah satu penyakit kronik. Walaupun berlaku hanya pada gigi, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup kanak-kanak.

"Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri.

"Justeru, pencegahan karies dapat dilakukan dengan memberi anak-anak diet seimbang serta mengehadkan pengambilan makanan manis dalam waktu makan utama saja.

"Untuk mengurangkan risiko berlakunya karies gigi, kekerapan penghasilan asid oleh bakteria penyebab karies perlu dihadkan.

"Tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut.

"Contohnya selepas makan nasi, boleh makan coklat. Elakkan makan makanan manis di luar waktu makan utama atau menggunakan ia sebagai snek. Selepas makan makanan manis, berus gigi atau sekurang-kurangnya kumur mulut dengan air kosong selepas makan," jelasnya.


Selain itu, berus gigi dua kali sehari dari waktu tumbuhnya gigi menggunakan air. Bermula daripada umur dua tahun, ibu bapa boleh menggunakan ubat gigi kanak-kanak berflorida. Jangan berkumur, memadai dengan meludah keluar saja ubat gigi.

Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali membantu mengatasi gigi rosak. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun.

Ini membolehkan doktor gigi memberi nasihat tabiat penjagaan gigi yang betul serta memantau daripada berlakunya kerosakan gigi. Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor gigi dari awal akan mempunyai tingkah laku positif terhadap rawatan pergigian.


Menurut Dr Alida, kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria.


"Justeru, jangan biarkan anak-anak tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak-anak meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan," katanya.


Tambahnya, ada ibu bapa beranggapan ada makanan yang boleh menguatkan gigi namun sebenarnya semua makanan boleh dimakan cuma hadkan pengambilannya saja. Ini kerana gigi sudah terbentuk sejak dalam kandungan lagi, justeru, penting bagi ibu mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung.

Keratan artikel dripada Surat Khabar Harian Metro

Monday, October 1, 2012

tips jadikan anak superbaby....


mlm td main lekat2 sebelum tido.....baru beli book yg ader pelekat kt giant....sonok aqeef...smpi xmo tido....:)

10 Tip Jadikan Anak Superbaby...

Semua ibu bapa mahukan anak yang cergas, cerdik dan ceria. Tetapi, mampukah impian ini dicapai? Apatah lagi apabila kepintaran bukan diwarisi tetapi perlu dipelajari. Oleh itu marilah bersama-sama pelajari cara untuk menjadikan anak anda Superbaby!

Sebenarnya, semua bayi berpeluang bergelar Superbaby. Menurut Jurulatih Keibubapaan Bertauliah oleh Coach-Parenting USA, Zaid Mohammad, Superbaby bukan setakat merujuk kepada bayi yang pandai membaca tetapi meliputi keseluruhannya termasuklah kecerdasan minda dan emosi.
Beberapa faktor perlu diambil kira oleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka cemerlang seperti tip yang diberikan oleh Zaid ini.Berhenti merokok kerana asap rokok yang beracun boleh membantutkan perkembangan otak bayi.

1. Makanan yang membina minda seperti kurma, kismis dan susu sangat bagus untuk otak cerdas. Jadi amalkannya semasa mengandung.

2. Jangan malas wahai ibu! Rajin-rajinlah membuat aktiviti yang menguji minda seperti latihan matematik ataupun permainan sudoku semasa mengandung.

3. Warna-warna merah, hitam dan putih sangat baik untuk merangsang minda kerana bayi berusia enam bulan ke bawah hanya dapat melihat warna-warna kontras.

tips untuk tidur asing ngn anak kecik...


ok mommies2..ader yg nk start tidur asing ngn anak tak?....ni anatar tips untuk ajar anak tidur asing....i belum boleh tidur asing ngn anak bujang tuh...xsanggup lg....huhuuhuuu....nanti bile dah ader adik nanti bru terpaksa tidur asing...so, baik mase nih berkepit ngn anak bujang i dulu.....:)

Siap Sedia Tidur Sendirian

nda berhasrat untuk memisahkan tempat tidur dan bilik anak dengan anda? Jika ya, anda harus melatihnya dari awal agar mereka faham kenapa mereka harus tidur berasingan dan apa yang seronoknya punya bilik sendiri.

Memindahkan anak ke tempat tidur sendiri bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah terbiasa tidur dengan kita sejak dari bayi la
gi. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku penolakan daripada si anak. Untuk mengatasinya si ibu atau ayah perlu menjelaskan kepada si manja tentang faktor usianya kini.

18 T ip Yang Boleh Dijadikan Panduan :

1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Ini tidak bermakna anda perlu hias biliknya dengan perabot mewah dan sebagainya. Sebaliknya memadai jika bilik tersebut bersih dan kemas. Sebagai permulaan, anda boleh mulakannya dengan hanya meletak tilam dilengkapi cadar yang motif dan warnanya sesuai dengan budak-budak.
2. Berikan masa kepada anak untuk membuat persediaan mental dan emosi. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah besar dan perlu belajar tidur sendiri. Pastikan tidak ada sesiapa yang cuba takut-takutkan dia apabila tidur sendiri nanti. Katakan pada dia budak yang berani adalah budak yang bijak.
3. Persediaan mental dan emosi. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sesuatu yang baru. Jadi, sebaik-baiknya beritahu pada anak-anak anda bahawa mereka perlu tidur sendirian lebih awal dari jangka masa yang anda sasarkan. Ini memberi mereka ruang untuk membuat persediaan mental. Bagi membuatkan mereka lebih faham kenapa perlu berbuat demikian, berikan alasan-alasan yang kukuh misalnya apabila punya bilik sendiri, mereka ada ruang sendiri untuk bermain dan membaca.
4. Anda boleh melatih si kecil untuk tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dulu dan bacakan buku cerita yang memberi manfaat kepada si kecil. Lakukan sekerap mungkin dan cara ini pasti dapat membantu membiasakan anak anda.
5. Ajak si kecil anda menghias bilik tidurnya. Pasti dia teruja apabila benda yang disukainya menghiasi ruang privasinya. Sebagai contoh, jika si hero sukakan kereta, terapkan elemen permotoran dalam bilik tidurnya. Begitulah sebaliknya.
6. Pastikan ada ruang bermain dalam bilik anak-anak dan pastikan hiasan bilik tidak terlalu sarat. Elakkan meletak barang-barang kaca yang mudah pecah. Ia berbahaya.
7. Bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang anak dan sama jantina, katil dua tingkat mungkin pilihan yang tepat untuk jangka masa panjang, terutama bagi kediaman yang mempunyai bilik yang terhad. Pastikan katil yang dipilih itu mempunyai pengadang yang tinggi (bahagian atas) bagi memastikan keselamatan anak.
8. Andai katil bayinya dahulu boleh diubahsuai menjadi katil kanak-kanak, ini menandakan anda berhadapan dengan satu proses yang agak mudah. Anda boleh menunjukkan kepada si manja bahawa dirinya tidak ‘diusir’ daripada tempatnya yang lama.
9. Sejurus si manja anda berpindah ke biliknya sendiri, kekalkan rutin tidurnya dan biasakan si manja buang air kecil dahulu sebelum tidur. Anda tidak perlu mengubah waktu tidurnya kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada si manja nanti. Masalah lain yang mungkin timbul, anak anda mungkin boleh berasa terlalu ‘bersemangat’ sehingga dia sukar tidur.
10. Anda boleh melayani kerenah si manja yang pada awalnya mungkin akan terus bermain, keluar masuk bilik meminta segelas air, meminta anda membacakan buku untuknya, berulang alik ke tandas, minta ditemani. Tetapi, pastikan ada batas waktu yang ditetapkan. Apabila waktu yang dihadkan sudah tamat, anda perlu bertegas dengan keputusan anda.
11. Cuba selidiki kenapa si manja anda suka tidur dengan anda? Mungkin si manja takut dengan kegelapan? Atau wujudnya rasa cemburu dalam diri mereka apabila si adik masih boleh lagi tidur dengan anda sedangkan dia tidak? Berkemungkinan persoalan inilah yang akan membantu anda mencari jalan penyelesaiannya.
12. Berikan mereka benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung besar yang boleh membuatkan si manja rasa ‘berteman’ apabila tidur.
13. Sediakan pencahayaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak memang takut dengan kegelapan. Jadi belilah lampu-lampu ‘fancy’ khusus untuk si manja.
14. Latih anak-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Walaupun lipatan selimut mereka tidak begitu kemas, biarkan dan beri mereka peluang untuk memperbaikinya.
15. Bersabar adalah kunci paling utama. Memang tidak mudah untuk mengajar si manja tidur sendirian di biliknya. Dan ia mungkin tidak akan berhasil hanya dengan satu malam. Cara yang paling baik, selidiki apa yang menyebabkan si manja anda tidak suka tidur sendirian. Dan cuba cari jalan penyelesaiannya sebaik mungkin.
16. Amalkan membaca doa sebelum tidur dan Surah 3 Qul. Latih anak-anak untuk turut membaca doa ini setiap kali sebelum masuk tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan kita sendiri serta anak-anak bahawa Allah akan sentiasa melindungi mereka.
17. Jadi, pada peringkat awal peralihan ini ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin si manja ke bilik semula setiap kali dia keluar dari bilik tidurnya.
18. Dan yang terakhir, anda boleh menerapkan sistem ‘reward.’ Seperti beli ‘sticker’ atau pelekat bergambar dan lekatkan di papan khusus untuk menunjukkan berapa kali si manja tidur tepat pada waktunya dalam satu minggu. Pada minggu akhir, berikan ia sesuatu yang istimewa seperti membacakannya cerita lebih lama atau memasakkan si manja anda makanan kegemarannya.

latih kemahiran bahasa anak

Latih Kemahiran Bahasa Anak

Kini si kecil anda sudah boleh bertatih. Dia semakin aktif ke sana sini. Namun lakukan aktiviti berfaedah kepadanya termasuk meningkatkan penguasaan bahasanya.

Aktiviti bermain merupakan cara terbaik untuk menggalakkan perkembangan si kecil anda. Lakukan aktiviti bersamaannya antaranya mewarna, membaca, berlari atau melompat, tetapi pastikan bentuk permainan itu mesti
diselitkan dengan nilai-nilai pendidikan.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa membaca adalah salah satu cara si kecil belajar kemahiran pertuturan dan bahasa. Apabila anda membaca bersama anak, ia memberi banyak faedah. Ia membantu meningkatkan kemahiran bercakap, bahasa dan anda juga mempunyai masa kualiti bersamaannya.

Bagi merangsang kemahiran berbahasa, ia boleh dimulakan dengan menjadikan masa membaca itu suatu keseronokan. Untuk menjadikan ia menarik, ketika menyebut teks cerita tunjukkan dengan jari anda. Gerakkan jari ini membantu anak untuk menghubungkan percakapan dengan ayat yang terdapat dalam buku itu.

Anda boleh melakukan perkara yang sama ini pada komputer peribadi atau i-pad. Pastinya anda bersama anak seronok meneroka melihat warna dan bunyi yang menarik ketika melayari laman web tertentu.

Perkembangan bahasa anak bukan terhad kepada buku sahaja. Ia mungkin boleh dilakukan di sekelilingnya iaitu semasa di jalan raya, dalam kereta, di taman permainan atau pusat membeli belah.

Jika anda pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur contohnya sup, buah-buah atau jus. Baca label yang terdapat pada produk ini. Jangan buang label ini di rumah. Ini kerana apabila anda pergi ke pasar raya lagi, anda boleh menyuruhnya mengambil produk yang sama. Dengan cara ini anak anda dapat belajar dengan cepat.

Dalam pada itu, jangan paksa anak untuk membaca buku dengan banyak dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran bahasanya. Biarkan dia secara semula jadi belajar di persekitarannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya perlu mengawasi dengan aktiviti yang dilakukannya. Jika anak anda sudah mengenali ayat atau huruf jangan terus memaksanya untuk terus membaca. Anak kecil memerlukan masa untuk membaca.

Secara psikologinya, anak kecil tidak akan mula membaca dengan sendirinya sehingga dia betul-betul sukakan buku. Cara membaca bersama si kecil adalah pendekatan yang terbaik untuk membuatkan dia sukakan buku. Terdapat beberapa panduan untuk membuatkan dia sukakan buku iaitu :

1. Baringkan diri bersamanya di dalam bilik sambil membaca buku. Kanak-kanak tahap usia ini menyukai sentuhan bersama.
2. Bacalah buku cerita secara berjadual. Ini dapat membantu kanak-kanak ini sentiasa tertunggu cerita kegemarannya setiap hari.
3. Jadikan waktu membaca buku ceritalah adalah waktu yang ceria. Ia membuatkan kanak-kanak seronok untuk mendengar cerita anda.
4. Boleh jadikan membaca buku cerita pada waktu tidur. Jadikan ia rutin dalam keluarga anda. Duduk di sebelahnya atau ribaannya semasa membawa membaca buku cerita. Anak anda dapat mendengar suara anda dengan lebih jelas lagi.
5. Intonasi suara memainkan peranan membuatkan cerita menarik apabila dibaca. Kanak-kanak pastinya teruja apabila anda membuat suara garau apabila menceritakan watak harimau.

Pilihan Buku

Saiz Besar
Buku mesti besar supaya mudah dipegang. Dengan ini mudah untuk dia membelek buku satu halaman ke satu halaman lain. Juga pastikan buku berwarna terang, berwarna, ringkas imejnya.

Jenis Buku
Pilihan buku mestilah dapat memberikan keseronokan kepadanya. Buku itu juga membantu anda mengeluarkan suara berbeza berdasarkan watak dalam buku. Pastikan watak-watak dalam buku cerita itu dibaca berulang kali supaya si kecil dapat mengingati sebahagian watak dalam buku itu. Cuba tanya apa watak dalam buku cerita itu. Jika kucing, tanyakan bagaimana bunyi kucing. Cara ini membantu menambah penguasaan bahasannya.

Reka Cerita
Anda juga boleh mencipta cerita sendiri. Ambil pencil warna dan lukislah sesuatu yang menarik. Jadikan ia sebuah buku cerita yang mengandungi lukisan pelbagai bentuk dan warna. Kemudian ceritakan apa sahaja yang anda ingin ceritakan. Cara ini menambah penguasaan bahasa anak anda. Selain itu, boleh membaca bahan bacaan lain di hadapannya seperti surat khabar atau majalah. Cara ini menggalakkan si kecil untuk minat membaca.

Info :
Selain membaca anda juga boleh melakukan aktiviti bermain bersama si manja anda. Ini kerana belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Jadikan beberapa pendekatan yang mesti dilakukan untuk kanak-kanak belajar sambil bermain dengan gembiranya iaitu :
■ Aktiviti yang menggembirakan
■ Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
■ Permainan bebas dan terancang
■ Kelonggaran masa
■ Percubaan idea sendiri
■ Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.

Thursday, May 17, 2012

amalan ketika anak sedang tidur




AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

p.s: suka tgk aqeef tgh tido..super comel.....mase ni la leh peluk2, cium2,....smpikan hubby selalu bising 'jgnla kacau dia tido, kang dia jaga kang...ayg dah la cium dia kuat2'...'hahahaaa..mase ni la bg, time dia jaga xleh nk peluk2....cium2'....aish, dah besar dah anak momma...:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...