Friday, February 25, 2011

Anak Demam, Selsema, Batuk : Panduan bagi Ibu Baru

Memang ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu mampu membekalkan antibodi terbaik buat si anak. Namun demam, batuk dan selsema adalah penyakit biasa yang perlu dilalui dari zaman kanak-kanak hinggalah umur kita meningkat. Hakikatnya bila kita sakit antibodi kita akan melawan penyakit dan kerana itu juga suhu badan kita boleh meningkat dan kita katakan demam....walaupun begitu demam itu tidak boleh dipandang remeh kerana kebanyakan demam tarik adalah disebabkan suhu badan meningkat tinggi sehingga diluar kawalan.

* Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa belajar Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

* Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Praktikkan setiap kali anak ada selsema.

* Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak

* Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

* Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Doktor turut pesan, jika anak demam...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Source : Anakku Wiraku

Wednesday, February 23, 2011

wordless wednesday...

lepas lunch rindu kt aqeef....buat pe dia kt umah yer....mlm td dia xlena tido....tiap2 sejam bgn...dr kul 1 pg....penat momma...tp xpe...momma syg awak...awak selsema ye syg...tu yg xsedap bdn tu....camne la nenek jg ek....harap2 xsusahkan nenek ye syg....hope balik ptg kang awak da sihat...luv u aqeef....

Monday, February 14, 2011

menuju ke situ....

sblm tido nk update skit blog nih...lame dah xwat entry baru...ari khamis ni (17/2/11) genap aqeef 6 bulan...sekejap jer mase berlalu....tp momma nyer xkurus2 gak...aishh....harap momma dpt bg yg terbaik tuk aqeef...k lah...nk tido...nite....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...