Friday, January 18, 2013

Jenis Induce Semasa Bersalin

ok...artikel ni for my future reference...xsempat nk baca...so, tepek sini...bile free kite baca yer....source from blog bayi-ibu 

Menjelang 9 bulan kehamilan, kebanyakan ibu berasa cemas untuk menunggu saat-saatkelahiran bayi anda. Kebanyakan kaedah induce semasa bersalin tidak akan banyak membantu disebabkan servik anda ditutup rapat. Induced hanya membantu apabila serviks anda mula melembut dan memendek. Doktor anda hanya menggunakan kaedah induce semasa bersalin apabila bayi anda adalah lebih berisiko jika kekal dalam rahim ibu daripada dilahirkan. Doktor akan  mengguna ubat-ubatan ataupun teknik yang boleh mencetuskan kelahiran secara semulajadi untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Bilakah induce semasa bersalin diperlukan?

  • Air ketuban anda pecah tetapi tidak mempunyai kontrasi pengecutan rahim lagi.
  • Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu.
  • Ada masalah dengan plasenta dimana uri anda telah matang dan kurang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi anda.
  • Tidak mempunyai cecair air ketuban yang mencukupi. (Oligohydramnion)
  • Anda mempunyai faktor risiko kehamilan tertentu seperti diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi).
  • Terdapat jangkitan dalam rahim yang dikenali sebagai chorioamnionitis.
  • Bayi anda tidak membesar dengan sepatutnya.

Bagaimana Induce semasa bersalin dilakukan?

Induce semasa bersalin  boleh dilakukan oleh kaedah yang berikut:

1. Ubat-ubatan:

  • Prostaglandin: Suppositories dimasukkan ke dalam faraj pada sebelah petang. Ini akan melembutkan servik anda dan akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari kemudian menjelang pagi.
  • Oxytocin: hormon oxytocin akan disuntik ke dalam badan ibu untuk merangsang pengecutan rahim dimana mempercepatkan proses kelahiran. Dos yang rendah akan diberikan kepada ibu hamil.
Kesan ubat-ubatan: Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat, ia menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpa ubat penahan sakit. Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat.

2. Amniotomi/ Artificial rupture of the membranes (AROM)

  • Doktor anda mungkin mencadangkan untuk AROM atau memecah air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis, steril dan plastik. Ia digunakan mencetuskan air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak ke dalam servik dan kontraksi akan menjadi lebih kuat.  Ini disebabkan oleh, air ketuban pecah boleh merangsang hormon prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi.
Kesan amniotomi: Kedudukan bayi mungkin bertukar kepada songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged. Tali pusat mungkin terkeluar dahulu. Jangkitan boleh berlaku jika terdapat banyak masa di antara pecah air ketuban dan kelahiran.

3. Merangsang puting payudara

Ia merupakan induced secara semulajadi dimana ia dilakukan secara manual ataupun dengan pam penyusuan elektrik. Ini disebabkan oleh hormon oxytocin akan dihasilkan secara semula jadi apabila puting payudara dirangsang dan akan menyebabkan kontraksi mula berlaku.
Anda mungkin minat membaca tentang proses kelahiran, jenis kelahiran seperti bersalin secara normal, bersalin dengan mengunakan beberapa jenis kaedah bantuan termasuk episiotomiinduce,  forcep atau vakumbersalin dalam air dan bersalin secaracesarean.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...