Thursday, November 14, 2013

10 Muharram

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan • • Khamis, 14 nov 2013)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
• fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
• fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
• fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan • yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
• fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
• fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
• fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
• fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
• fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
••lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
• fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
• fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
• fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
• lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
••Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
• hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
•• fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
• fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
• Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
• fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ni...:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...