Thursday, September 19, 2013

Set Shaklee untuk penyakit gout


#Penyakit Gout#

Oleh sbb tadi saya dpt whatsapp berkenaan suplemen Shaklee untuk pesakit gout, maka sy nak buat entri pasal penyakit gout & vitamin ape yang diperlukan oleh pesakit gout...

Apa itu sakit gout?

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.


Tanda-tanda sakit gout:
  • Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
  • Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
  • Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
  • Jika tidak dirawat, bengkak tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
  • Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
  • Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

Antara makanan yang patut di elakkan ialah:
  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

Pesakit gout amat memerlukan air yang optimum di dalam badan. Air berfungsi untuk menyingkirkan asid urik dari badan. Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan.

Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit gout.




1. Alfalfa - Menyahtoksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dalam badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance Drink - Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan. (perlu juga minum air putih/air masak setiap masa. Minum sedikit tetapi kerap).

3. Omega Guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

4. Joint Health Tablet - Memberi keselesaan kepada sendi.



Berminat dengan produk Shaklee? Hubungi saya :

Shaklee Independent Distributor
ID no.: 934852

Call/sms/whatsapp : 017-201 5547
email : nurul0306@yahoo.com
website : nurul0306.blogspot.com

COD/self pick up *Gombak-Tmn Melati-Melawati-Wangsa Maju-Selayang-Plaza Damas, Sri Hartamas*

Saya juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.


*Setiap pembelian akan mendapat KONSULTASI PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE*

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis , merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...