Tuesday, January 7, 2014

Tips bagaimana untuk memastikan anda cukup 3 liter air masak sehari




Anda-anda yang amik supplement tu..cukup tak minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari?...bila kita makan vitamin, kepekatan darah meningkat, boleh menyebabkan pening, loya atau nak demam....ini dipanggil healing crisis....kita perlu mengambil lebih air untuk mengelakkan masalah-masalah tersebut.



nampak tak kurang minum air pun antara punca kemurungan....so, xbagus bila air kurang dalam badan..macam-macam boleh jadi....
so kite nak bagi tips macam mana nak cukup water intake ni.....


Tips bagaimana untuk memastikan anda cukup 3 liter air sehari :

1. Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
2. Selepas mandi, sembahyang Subuh da settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
3. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1 liter air sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh nanti, anda akan ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter.
4. Kalo bekerja, sediakan tumbler yang saiz 1 liter di atas meja office anda.
5. Kalo student, sila bawa tumbler ini di dalam beg.
6. Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml.
7. Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Alhamdulillah, cukup pun 3 liter. Mudah kan? tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplement.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...