Thursday, February 20, 2014

Healing Crisis dalam Shaklee


Pernah tak bila makan supplement or vitamin Shaklee

* rasa pening kepala 
* period tak stabil
* loya
* nak demam

Itu adalah healing crisis. Boleh refer entry INI. Jom baca Q & A tentang healing crisis ini.


Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis peyembuhan.


Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang di ambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlakum


Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasa sebarang perubahan. Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

* Tidak mengamalkannya setiap hari
* Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
* Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
* Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
* Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
* Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
* Mengalami masalah emosi




Saya nasihatkan anda teruskan mengambil supplement Shaklee ini, walaupun terdapat krisis penyembuhan. Jangan takut. Ini bermakna anda sihat dan badan anda bertindak balas dengan supplement tersebut. Jangan lupa minum air yang banyak (lebih 3 liter sehari) dan kurangkan pengambilan kafein (kopi dan teh). Selamat maju jaya!!!


Berminat dengan produk Shaklee? Hubungi saya :

Shaklee Independent Distributor
ID no.: 934852

Call/sms/whatsapp : 017-201 5547
email : nurul0306@yahoo.com
website : nurul0306.blogspot.com

COD/self pick up *Gombak-Tmn Melati-Melawati-Wangsa Maju-Selayang-Plaza Damas, Sri Hartamas*

Saya juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.



*Setiap pembelian akan mendapat KONSULTASI PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE*








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...